Macam mana cara untuk mengesan clutch plate terbakar?
Adakah sistem gearbox beroperasi dalam keadaan yang baik ataupun telah mula menunjukkan simptom-simptom awal kerosakan yang serius?
Tidak ramai yang tahu bahawa warna dan tekstur minyak ATF mencerminkan keadaan sebenar dalaman gearbox automatik. Kegunaan minyak ATF bukan sekadar untuk melancarkan pergerakan gear, sistem dalaman gearbox automatik memerlukan bendalir ini sebagai:
-
-
- Pelincir untuk mengurangkan geseran melampau di antara gear yang bergeser
- Additive bagi mengawal kepanasan melampau ketika gearbox beroperasi
- Bendalir hidraulik untuk menggerakkan segala piston dan valve yang ada untuk operasi pertukaran gear
-
Jadi, bagaimana caranya untuk mengenal pasti keadaan clutch plate yang telah terbakar?
-
-
- Pertama: Hidupkan enjin kenderaan anda
- Kedua: Ubah posisi gear ke “N” dan biarkan dalam 5 minit
- Ketiga: Tarik dipstick minyak ATF
- Keempat: Periksa warna minyak ATF
- Kelima: Rasa tekstur minyak ATF dengan jari
-
Sekiranya warna minyak ATF kelihatan gelap dan teksturnya seperti berpasir apabila disentuh dengan jari, ini petanda permukaan clutch plate telah terbakar. Tindakan seterusnya perlu diambil sebelum keadaan gearbox menjadi lebih teruk lagi beberapa bulan akan datang.
Apa yang dimaksudkan dengan clutch plate terbakar?
Geseran yang berlaku antara permukaan clutch plate tidak dapat dikawal tahap kepanasannya kerana kekurangan sukatan minyak ATF. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, minyak ATF mempunyai additive yang berfungsi untuk mengawal kepanasan melampau ketika gearbox beroperasi.
Jika sukatan minyak ATF berkurangan, sudah tentu geseran yang berlaku di antara permukaan clutch plate menjadi lebih panas sehingga meninggalkan kesan terbakar. Bukan setakat itu, kesan geseran ini akan menyebabkan terhasilnya serpihan besi halus yang akan mengganggu kitaran minyak ATF di dalam sistem gearbox.
Serpihan besi yang halus ini juga boleh menyebabkan medium penapis auto filter tersumbat. Dalam masa yang sama kadar alir minyak ATF menjadi lemah dan akan mengganggu tekanan hidraulik yang terhasil.
Cara untuk mengatasi masalah clutch plate terbakar?
Pastikan sukatan minyak ATF mencukupi dan servis gearbox mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sikap suka mengangguh servis menjadi punca sistem gearbox beroperasi dalam keadaan suhu yang panas.
Jangan dilupa untuk menggantikan sekali auto filter ketika servis gearbox. Tidak semua model kenderaan mempunyai auto filter yang perlu diganti ketika servis. Tetapi boleh dikatakan banyak model kenderaan terkini mempunyai auto filter yang perlu diganti mengikut jadual yang telah ditetapkan.
0 Comments