Simptom yang menunjukkan valve seal telah mengalami kebocoran!
Disediakan Oleh: Najid Zulhilmi
Valve atau dikenali sebagai injap adalah komponen enjin yang berfungsi untuk membenarkan kemasukan (pintu masuk) campuran bahan api dan udara, serta membenarkan gas hasil pembakaran untuk keluar (pintu keluar) dari ruang pembakaran enjin melalui sistem ekzos.
Pembukaan dan penutupan valve berlaku dengan sangat pantas, proses ini akan berlaku dengan lebih pantas lagi apabila enjin berada pada RPM yang tinggi. Proses yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pengaliran minyak enjin yang lancar, agar kehausan dan kegagalan komponen dalam dicegah.
Valve seal ditugaskan untuk mencegah pengaliran minyak enjin pada valve agar tidak membolosi ke dalam ruang pembakaran.
Punca valve seal mengalami kebocoran
Valve seal diperbuat dari getah, strukturnya yang elastik akan terjejas jika selalu terdedah pada suhu enjin yang lebih panas dari keadaan yang normal.
Suhu enjin akan meningkat sekiranya minyak enjin yang telah melebihi tempoh servis masih lagi digunakan. Sifat minyak pelincir yang telah berubah kelikatannya akan menyebabkan enjin beroperasi dalam keadaan bergeseran yang tinggi. Apabila geseran yang berlaku terlalu tinggi, suhu enjin juga turut meningkat dan menjadi lebih panas dari biasa.
Valve seal yang tededah dengan kepanasan melampau akan menjadi kurang elastik. Struktur getah yang semakin mengeras akan menyebabkan komponen ini tidak lagi kedap untuk menghalang kemasukan minyak enjin ke ruang pembakaran.
Masalah kepulan asap berwarna putih yang nipis
Bagaimana kepulan asap berwarna putih boleh terbentuk? Sama seperti simptom piston ring yang telah haus, minyak enjin akan masuk ke dalam ruang pembakaran enjin melalui rongga di antara piston ring dan permukaan blok silinder.
Bagi valve seal pula, minyak enjin akan masuk ke dalam ruang pembakaran melalui celah komponen ini yang telah mengeras dan mengalami kebocoran. Sedikit demi sedikit minyak enjin yang masuk ke dalam ruang pembakaran menjadi kepulan asap putih akibat terbakar sekali dengan campuran bahan api dan udara.
Masalah minyak enjin makin berkurang
Minyak enjin yang masuk ke dalam ruang pembakaran melalui celah valve seal yang telah mengalami kebocoran, kuantitinya akan terus merosot berkala dengan masa enjin beroperasi. Anda akan dapat sukatan minyak enjin makin berkuranan setiap kali dipstick miyak enjin diperiksa.
Bergantung pada tahap kebocoran valve seal, struktur getah yang terlalu keras boleh menyebabkan kuantiti minyak enjin menyusut dengan lebih ketara dalam masa yang singkat. Bermakna kepulan asap putih yang terhasil pun lebih ketara di pandangan mata.
Tindakan anda untuk mengatasi masalah ini
Sekiranya sukatan minyak enjin berkurang dengan sedikit dan kepulan asap putih yang terhasil agak nipis, masih ada harapan untuk merawat keadaan valve seal tanpa perlu untuk overhaul enjin. Bertindak dengan pantas untuk lakukan proses rawatan awal dengan menggunakan Engine Booster & Treatment.
Formulasi Premium Nano Additive mempunyai kebolehan untuk mengembalikan sifat elastik valve seal yang telah mengeras. Struktur valve seal menjadi lebih kedap dan pengaliran minyak enjin ke dalam ruang pembakaran dapat dicegah di peringkat awal. Tidak perlu untuk mengeluarkan kos overhaul enjin yang sangat mhal.
Selain dari itu, prestasi enjin juga berbeza dari sebelumnya. Pemanduan menjadi lebih ringan dan enjin lebih respon setiap kali pedal minyak ditekan.
0 Comments