Tercari-cari minyak pelincir terbaik dunia untuk kereta anda? 

Sebelum kita mulakan perbincangan tentang tajuk ini, kami ingin anda tahu bahawa tidak ada minyak pelincir terbaik dunia! Melainkan anda sendiri faham tentang spesifikasi dan keperluan enjin kereta semasa membuat pilihan minyak enjin di pasaran.

Kalau hendak diikutkan, terlalu banyak jenama minyak enjin yang menawarkan pelbagai additive tambahan untuk kereta anda. Additive ini yang membezakan setiap kualiti minyak enjin yang dihasilkan oleh setiap pengeluar.

Sebagai contoh, minyak pelincir yang ditambah dengan additive istimewa untuk menutup lubang-lubang halus pada permukaan silinder enjin. Dengan adanya additive seperti ini daya geseran antara silinder dan piston ring dapat dikurangkan lebih effektif. Kesannya, operasi enjin menjadi semakin lancar dan penggunaan bahan api menjadi lebih efisyen.

Dengan adanya additive seperti ini, tekan pedal minyak untuk memecut di highway pun terasa lancar dan lebih berkuasa. Apatah lagi kuasa yang lebih dapat dirasa semasa overdrive untuk memotong kenderaan lain.

Fahamkan dahulu keperluan enjin kereta anda!

 

Adalah satu kesilapan besar jika anda membeli minyak pelincir premium di pasaran tetapi gred yang dipilih tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta. Walaupun harganya mahal, belum tentu minyak pelincir ini dijamin akan memberikan kesan positif.

Sila rujuk manual kereta untuk faham lebih lanjut tentang spesifikasi enjin dan jenis gred minyak pelncir yang disyorkan oleh pengeluar. Jika tidak jumpa info tersebut di dalam manual, anda boleh cuba buat carian di internet. Kami pasti banyak info yang bakal anda jumpa tentang gred minyak enjin yang sesuai untuk kereta.

Sebagai contoh, pengeluar kereta anda mengsyorkan minyak pelincir bergred 5W-20 tetapi anda menggunakan gred 10W-40 untuk setiap kali servis enjin. Terdapat perbezaan dari segi kelikatan antara 2 jenis gred tersebut dimana 10W-40 mempunyai tahap kelikatan yang lebih tinggi dari 5W-20.

Dengan diameter saluran minyak yang sangat kecil, kitaran minyak pelincir bergred 10W-40 akan bergerak agak perlahan dan lambat untuk sampai ke bahagian atas enjin. Berbanding dengan minyak pelincir bergred 5W-20 yang disyorkan oleh pengeluar, ia boleh melengkapkan kitaran di seluruh bahagian enjin tanpa sebarang masalah.

 

 

Apa kesan dan risikonya untuk jangka panjang?

 

Kita jangan cerita masalah yang akan timbut dalam tempoh 6 ke 10 bulan akan datan! Penggunaan minyak pelincir yang tidak mengikut spesifikasi enjin akan menunjukkan kesan sampingannya selepas 3 ke 4 tahung penggunaan.

Minyak pelincir yang tidak mengikut gred yang disyorkan oleh pengeluar akan mudah teroksida, dalam masa yang sama akan menyebabkan pembentukan kerak pada permukaan komponen dalaman enjin. Lebih teruk lagi jika pembentukan kerak berlaku di dalam saluran minyak pelincir yang mempunyai diameter sangat kecil.

Untuk anda yang sentiasa berdisiplin dalam urusan servis enjin, kemungkinan pembentukan kerak minyak tidak terlalu tebal dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Berbanding dengan mereka yang selalu sangat tangguh jadual servis enjin!

Penggunaan gred minyak pelincir yang salah dan sentiasa melewat-lewatkan jadual servis enjin boleh mendorong pembetukan kerak minyak di dalam enjin berlaku dengan lebih cepat. Bukan sekadar itu sahaja, enjin boleh terdedah pada risiko saluran pelincir tersumbat!

Sekiranya saluran minyak pelincir telah dipenuhi dengan kerak minyak, sudah pasti akan ada komponen enjin yang akan menerima kurang jumlah minyak pelincir. Perkara seperti ini boleh menyebabkan daya geseran melampau dan tahap kehausan yang teruk pada komponen enjin yang terlibat.

Komponen-komponen enjin yang dimaksudkan adalah seperti conrod bearing, main bearing, piston ring dan rocker arm. Terdapat banyak kes pemilik kereta yang mengalami masalah enjin terlalu bising dan bergegar dengan kuat setiap kali enjin dihidupkan. Setelah dihantar ke bengkel untuk buat pemeriksaan, terdapat banyak komponen enjin yang telah haus akibat diselaputi dengan kerak minyak yang tebal.

Bila ditanya pada pemilik kereta tersebut tentang cara mereka menguruskan hal servis enjin, kebanyakan jawapan yang diberikan pasti sama. Minyak pelincir yang digunakan terlalu kerap melebihi mileage dan tempoh yang telah dinyatakan pada pelekat jadual servis. Erti kata lain mereka terlalu kerap tangguh jadual servis! Ada yang masih menggunakan minyak pelincir yang sama hingga setahun lamanya tanpa diganti!

Anda nampak apa punca kerosakan dalaman enjin? Penggunaan gred minyak pelincir yang salah ditambah dengan selalu melewat-lewatkan jadual servis enjin. Kedua-dua faktor ini jugalah penyebab enjin kurang berprestasi:

 

  1. Pemanduan jadi semakin berat
  2. Kurang berkuasa semasa memecut
  3. Bunyi enjin yang kasar
  4. Penggunaan petrol lebih kuat dari kebiasaannya

 

 

Kesedaran anda dan langkah penjagaan enjin!

 

Pemilihan jenis dan gred minyak pelincir untuk enjin adalah hak anda! Jangan serahkan sepenuhnya hak pemilihan minyak pelincir pada mekanik di bengkel. Sekurang-kurangnya anda perlu tahu jenis dan gred yang bersesuaian dengan spesifikasi enjin.

Tidak rugi untuk buat sedikit kajian di internet tentang gred minyak pelincir yang sepatutnya digunakan. Tindakan sekarang boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit wang anda di masa akan datang dari menanggung kos overhaul enjin yang sangat mahal.

Bayangkan anda perlu withdraw ribuan ringgit di ATM, wang simpanan yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan yang lebih penting hangus untuk menampung kos baikpulih enjin. Sangat merugikan…

Jangan sesekali ambil mudah tentang jadual servis enjin! Pastikan kereta anda dihantar servis setelah cukup tempohnya dari segi mileage ataupun tarikh yang dinyatakan. Boleh dikatakan banyak masalah dalaman enjin timbul disebabkan kelalaian menjaga jadual servis enjin.

Setiap minyak pelincir ada tahap kualitinya! Molekul minyak pelincir akan berubah setelah mencapai tempoh penggunaan yang disyorkan. Minyak pelincir yang telah melebihi tempoh akan menjadi:

 

  • Kurang daya pelinciran seluruh komponen
  • Kurang ketahannya untuk mengawal suhu dalaman enjin
  • Mudah teroksida dan membentuk kerak minyak
  • Boleh menyebabkan saluran minyak pelincir tersumbat

 

Tidak kiralah berapa mahal atau premiumnya minyak pelincir yang anda beli. Kualitinya pasti akan merosot jika anda masih menggunakan minyak pelincir yang sama setelah melebihi tempoh penggunaan.

 

 

Anda sudah faham maksud minyak pelincir terbaik dunia?

 

Kesimpulannya, anda gunalah mana-mana jenama minyak enjin yang ada di pasaran dengan syarat gred dan kualitinya mengikut spesifikasi enjin yang disyorkan oleh pengeluar!

Utamakan minyak enjin yang mempunyai ciri-ciri merawat seperti:

 

  • Mengawal suhu dalaman enjin
  • Merawat calar-calar halus
  • Menutup lubang-lubang halus

 

JV Engine Oil - Melincir, Merawat dan Melindungi

 

Bagi anda yang belum pernah cuba minyak pelincir JV Auto Lube! Kualiti minyak pelincir kami ada penyelesaian untuk memanjangkan jangka hayat enjin anda…

 

JV Engine Flush - Menyingkirkan dan mencegah pembentukan kerak minyak enjin

 

Jika kereta anda pernah ada sejarah servis enjin tidak mengikut jadual! Boleh cuba JV Engine Flush untuk singkirkan dan mencegah pembentukan kerak minyak untuk mengekalkan prestasi enjin yang hebat.

Nak tahu lebih lanjut tentang Engine & Gearbox Treatment kami?

Mungkin TESTIMONI ini boleh meyakinkan anda?

Ini baru sebahagian sahaja dari koleksi testimoni. Kami telah mengumpul sebanyak 400 testimoni yang diambil dari FB, Whatsapp dan SMS sejak tahun 2014. 

TOPIK MENARIK…

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

// width=
Admin teknikal kami akan bantu anda di Whatsapp untuk pertanyaan tentang masalah Enjin, Gearbox dan produk-produk JV Auto Lube...