Penyelesaian dan punca masalah gear tak boleh masuk. 

Masalah gear tak boleh masuk sering kali terjadi di waktu pagi ketika enjin masih sejuk. Terjadinya masalah ini bukan sahaja pada kereta automatik model lama, tetapi berlaku juga pada kereta model terkini seperti Toyota, Perodua Nissan dan lain-lain model. Simptom yang akan anda hadapi adalah gear “D” tidak engage walaupun telah lama berada di posisi tersebut. Apabila tekan pedal minyak masih lagi tidak bergerak, yang kedengaran hanyalah bunyi ngauman enjin sahaja.

Untuk kes yang lebih parah, simptom ini berterusan selama 15 ke 20 minit sebelum gear mula berfungsi. Bukannya gear tidak boleh masuk langsung, masih boleh dan cuba kebanyakan pemilik kereta yang menghadapi masalah ini hanya akan menunggu kemasukan gear dalam tempoh 5 ke 10 minit sahaja. Selepas itu mereka akan menganggap gearbox telah mengalami kerosakan teruk sehingga gear “D” tidak masuk langsung.

Selepas tempoh 15 minit, secara tiba-tiba gear akan engage tetapi kemasukan gear berlaku secara menyentap dan kasar. Sudah pasti anda kurang selesa dengan keadaan seperti ini. Apatah lagi masa anda untuk menunggu terbuang begitu sahaja setiap pagi. Mesti anda rasa rimas dan leceh dengan masalah seperti ini.

 



 

Ada juga sesetengah simptom gear tak boleh masuk ini terjadi semasa anda memandu. Pada kelajuan tertentu, sepatutnya kemasukan gear telahpun berlaku tetapi gear seterusnya tidak masuk-masuk walaupun meter RPM menjadi tinggi sehingga enjin mengaum dengan kuat. Selalunya masalah seperti ini berlaku semasa pertukaran ke final gear. Kemasukan gear berlaku secara menyentap dan terasa sangat kasar.

Jangan pandang remeh masalah ini, anda mungkin tidak nampak risikonya lagi. Hakikatnya masalah ini boleh mengundang bahaya ketika kereta anda perlu “overdrive” semasa memotong kereta lain jalan raya. Prestasi kereta anda sangat lemah dan tidak dapat memecut dengan lancar kerana pertukaran gear semasa “overdrive” tidak berlaku dengan sempurna. Bayangkan semasa anda memotong dengan prestasi yang lemah terdapat kenderaan lain dari arah bertentangan. Semestinya risiko untuk anda memotong kereta tersebut sangat tinggi dan merbahaya!

Untuk penerangan yang lebih terperinci, apakah penyebab pada masalah gear tak boleh masuk ini? Jadi, kami akan kongsikan pada anda beberapa faktor atau penyebab masalah ini:



1. Jangan lupa untuk periksa paras minyak ATF

 

Paras minyak ATF perlu diperiksa dan anda perlu pastikan ia berada di tanda “HOT”. Kekurangan minyak ATF di dalam gearbox automatik boleh menyebabkan tekanan hdiraulik yang dihasilkan tidak mencukupi untuk menggerakkan sistem untuk membolehkan pertukaran gear berlaku dengan lancar.

Nasihat kami, pastikan paras minyak ATF mencukupi dan jangan terlepas untuk servis gearbox apabila telah sampai waktunya. Kebiasaannya gearbox perlu diservis setahun sekali. Sekiranya gearbox untuk model kereta anda mempunyai auto filter yang boleh ditukar, kami sarankan anda tukar sekali penapis ini setiap kali servis gearbox.

 

 

2. Keadaan getah O-ring seal yang telah mengeras

 

Getah seal yang terdapat di dalam gearbox sangat berkait rapat dengan tekanan hidraulik yang terhasil untuk menggerakkan komponen dalaman gearbox semasa pertukaran gear berlaku. Tahap keanjalan getah yang menetukan sama ada tekanan hidraulik yang terhasil mencukupi ataupun lemah.

Sekiranya struktur seal dah mula mengeras, kebocoran akan berlaku di bahagian celah seal semasa sistem hidraulik menghasilkan sejumlah tekanan. Kesannya, pertukaran gear akan lambat berlaku kerana tekanan hidraulik yang terhasil tidak mencapai jumlah yang optimum untuk melakukan proses pertukaran gear.

Inilah sebenarnya situasi yang berlaku ketika anda masuk gear “D” dan tiada respon pada kemasukan gear. Selepas 15 minit, getah seal yang telah mengeras menjadi elastik semula kerana terdedah dengan minyak ATF yang bersuhu tinggi. Pertukaran gear menjadi normal semula kerana tekanan hidraulik yang terhasil tidak mengalami sebarang kebocoran lagi.

 

 

Bagaimana cara mengatasi masalah gear tak boleh masuk?

 

1. Overhaul gearbox untuk gantikan kesemua set o-ring seal yang terlibat

 

Untuk menggantikan set o-ring memerlukan seorang mekanik untuk membawa turun sebiji gearbox untuk melaksanakan proses overhaul. Yang mana gearbox anda perlu dibuka sepenuhnya untuk menggantikan o-ring seal yang telah terjejas.

Untuk overhaul gearbox anda perlu sediakan wang sekurang-kurangnya RM1,000 dan ke atas. Kos membaiki gearbox memang agak mahal, sebab itu kami sarankan anda untuk mencegah kerosakan gearbox dari peringkat awal sebelum masalah menjadi semakin melarat.

 

Info Produk JV Auto Lube Transmission Treatment

 

2. Rawat masalah o-ring seal keras dengan cara paling mudah dan murah

 

Anda tidak perlu peningkan kepala, dengan menggunakan gearbox treatment JV Auto Lube kesemua seal dalaman gearbox akan kembali elastik kurang dari sebulan. Bahan aktif di dalam gearbox treatment yang mengguna teknologi bio-oil mempunyai kadar penyerapan yang sangat pantas dan efektif.

Anda tidak perlu paksa diri untuk percayakan kata-kata kami, biarlah 400 koleksi testimoni kami yang meyakinkan anda bagaimana gearbox treatment telah berjaya merawat ramai pengguna yang mengalami masalah ini.

Nak tahu lebih lanjut tentang Gearbox Treatment kami?

Mungkin TESTIMONI ini boleh meyakinkan anda?

Ini baru sebahagian sahaja dari koleksi testimoni. Kami telah mengumpul sebanyak 400 testimoni yang diambil dari FB, Whatsapp dan SMS sejak tahun 2014. 

TOPIK MENARIK…

14 Comments

14 Comments

  1. Wandywaklah

    Masalah gearbox Honda cd5.jln permulaan ok…semua gear masuk.dlm setengah jam..enjen dh mula panas gear free…drop.bila berhenti masuk P kemudian D blh jln balik…tp x jauh free balik

    Reply
    • Admin

      Salam tuan, saya syorkan tuan hubungi professional kami untuk keterangan lanjut tentang masalah gearbox Honda CD5.

      Che Mat: 018-9594576

      Terima kasih tuan.

      Reply
      • A JAYASILAN A/L M ANNAVY

        Kereta saya Tak boleh reverse saja. Alza

        Reply
        • Admin

          Salam sejahtera tuan… masalah gear reverse tidak berfungsi @ delay berpunca dari gangguan tekanan hidraulik di dalam gearbox. Untuk rawat masalah ini tuan boleh cuba tuangkan JV Auto Lube Gearbox Treatment. Untuk keterangan lanjut tuan boleh hubungi bahagian teknikal kami:

          Che Mat: 018-9594576

          Terima kasih tuan.

          Reply
  2. hemly

    slm tuan..nak tanya apa mslh gear auto wira msk D jln brpa minit gear jd free,dn enjin mjdi panas..kdg2 time jln ada bunyi dkt gearbox..tlg sattlekn masalh sya ni tuan

    Reply
  3. Admin

    Wasalam tuan,

    Ada beberapa kemungkinan pada masalah gearbox tuan… Boleh jadi punca masalah dari gangguan tekanan hidraulik di dalam gearbox. Kami syorkan tuan hubungi bahagian teknikal kami untuk khidmat pemeriksaan di bengkel panel kami (Pakar Gearbox) yang berhampiran dengan kawasan tuan.

    Che Mat: 018-9594576

    Terima kasih tuan.

    Reply
  4. Huzaini Hashim

    slm tuan..nak tanya apa mslh gear auto kancil 850 msk D jln brpa minit gear jd free,dn enjin mjdi panas..kdg2 time jln tiba2 gear jadi free sendiri….enjin mengaum….tapi kereta tak bergerak……tlg sattlekn masalh sya ni tuan????

    Reply
    • Admin

      Wasalam tuan… ada 2 kemungkinan masalah pada gearbox Kancil tuan. Pertama, untuk masalah gear D terasa kosong @ free berpunca dari kebocoran tekanan di dalam gearbox. Kedua, untuk masalah tiba-tiba gear jadi free semasa jalan berkemungkinan puncanya dari clutch plate yang telah haus. Mohon tuan hubungi bahagian teknikal kami untuk bantuan selanjutnya:

      Che Mat: 018-9594576

      Terima kasih tuan.

      Reply
  5. souseck

    tumpang tanya.. JVautolube ni boleh guna untuk gearbox manual jugak ke?

    Reply
    • Admin

      Ya tuan, JV Auto Lube Gearbox Treatment sesuai digunakan untuk gearbox auto dan manual. Untuk gearbox manual, masalah susah nak masuk gear akan kembali lembut seperti asal. Terima kasih tuan.

      Reply
  6. Muhamad izham

    Salam tuan… Area banting, dengkil, salak tinggi ada bengkel penel tak utk saya pergi.. Atau area berdekatan

    Reply
    • Admin

      Wasalam tuan… kami ada wakil jualan di kawasan berhampiran tuan. Mohon tuan ke link di bawah untuk senarai penuh pengedar kami di seluruh Selangor:

      https://jvalube.com/selangor/

      Terima kasih tuan.

      Reply
  7. De grand3

    Mcmna nak beli ni? Area Kota Kinabalu

    Reply
    • Admin

      Salam sejahtera Tuan,

      Tuan boleh dapatkan produk JV Auto Lube dari dealer sah kami di Kota Kinabalu melalui link ini:

      https://jvalube.com/sabah/

      Terima Kasih.

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

// width=
Admin teknikal kami akan bantu anda di Whatsapp untuk pertanyaan tentang masalah Enjin, Gearbox dan produk-produk JV Auto Lube...