Cara memilih minyak hitam kereta yang terbaik untuk enjin.
Disediakan Oleh: Najid Zulhilmi
Bila cerita tentang servis enjin, sememangnya tidak boleh dipisahkan tentang jenama dan jenis minyak hitam yang bakal dipilih. Agak ramai pemilik kereta yang terlalu fokus untuk memilih fully-synthetic dan semi-synthetic tanpa hiraukan gred minyak hitam yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.
Ada juga sesetengah pemilik kereta yang serahkan bulat-bulat hal pemilihan minyak hitam kereta pada pomen di bengkel. Persoalannya, adakah jenis dan gred minyak hitam yang dipilih oleh pomen betul-betul sesuai dengan enjin kereta anda sepertimana yang disyorkan penyeluar?
Jadi, tanggunggjawab tentang pemilihan minyak hitam sememangnya di tangan anda sendiri. Kereta milik anda… sepatutnya anda perlu faham terlebih dahulu keperluan enjin semasa membuat pilihan. Tidak boleh serahkan sepenuhnya pada pomen! Buatlah sedikit carian jika sayangkan kereta anda…
Kita tidak cerita tentang masalah yang akan timbul 2 ke 3 bulan akan datang. Penjagaan minyak hitam akan memberi kesan pada kereta anda dalam tempoh 3 ke 4 tahun akan datang. Cuba bayangkan kesilapan memilih minyak hitam mengakibatkan anda perlu tanggung beribu ringgit untuk kos overhaul di masa akan datang!
Apa yang penting semasa memilih minyak hitam?
Dalam artikel kali ini kami tidak akan membincangkan tentang kod-kod yang ada pada botol minyak enjin seperti API SN, SAE dan sebagainya. Kami juga tidak akan menjelaskan tentang jenis minyak hitam sem-synthetic dan fully-sythetic.
Artikel ini hanya memfokuskan penjelasan tentang pemilihan gred minyak hitam dan kesan pengguhan jadual servis enjin.
Okay, berapa ramai yang betul-betul peka tentang gred minyak hitam yang sepatutnya digunakan? Gred minyak hitam yang dimaksudkan adalah seperti 10W-40, 15W-50 dan seumpama dengannya.
Untuk pengetahuan anda! Nilai digit di hujung gred seperti 30, 40 atau 50 merujuk pada kelikatan minyak itu sendiri pada suhu enjin yang sedang beroperasi.
Maksudnya, berapa cepat minyak hitam boleh sampai ke bahagian atas selepas enjin dihidupkan. Untuk buatkan anda lebih jelas lagi, gred minyak hitam 5W-30 lebih cepat sampai ke bahagian atas enjin berbanding gred minyak hitam 15W-50.
“Kalau macam tu baik aku guna terus minyak 5W-30!”
Apa-apa pun sila rujuk manual terlebih dahulu! Jika manual kereta anda telah hilang, boleh tanyakan terus pada pakcik Google… ada banyak website yang kongsikan spesifikasi enjin dan minyak hitam yang sepatutnya kereta anda gunakan.
Kebiasaannya untuk kereta jenis konvensional yang memiliki teknologi enjin terkini, minyak enjin berkelikatan rendah seperti 5W-30 adalah yang disyorkan oleh penyeluar. Ini kerana teknologi enjin jenis kompak mempunyai saluran minyak pelincir yang sangat kecil. Gred kelikatan yang tinggi boleh melambatkan kadar aliran minyak pelincir untuk sampai ke seluruh komponen enjin dengan saluran yang sekecil 2mm ke 3mm.
Tidak seperti kereta berprestasi yang mempunyai kapasiti enjin lebih besar! Sebagai contoh Nissan GTR, saluran minyak pelincirnya yang lebih besar kerana suhu operasi enjin jauh lebih tinggi dari suhu enjin komvensional. Penggunaan minyak hitam berkelikatan tinggi seperti 10W-60 sangat disyorkan oleh pengeluar.
Kereta berprestasi perlukan minyak hitam berkelikatan tinggi?
Kebiasaannya, operasi enjin kereta berprestasi seperti Nissan GTR akan mencapai 7,000 ke 8,000 RPM setiap kali berlakunya pertukaran gear. Tahap kepanasan enjin yang terhasil jauh lebih tinggi dari enjin kereta konvensional. Struktur minyak yang likat dan mempunyai kadar aliran yang rendah sangat bersesuaian untuk menyerap kepanasan enjin tanpa mengubah kualiti dan additive yang ada pada minyak hitam tersebut.
Lagi pun, kereta berprestasi seperti ini mempunyai saluran minyak hitam yang jauh lebih besar dari enjin kereta konvensional.
Sedikit sebanyak anda boleh nampak perbezaan gred minyak hitam mengikut kegunaan dan kesesuaian enjin.
Penerangan tentang kod W pada gred enjin
Kod W yang ada pada gred 10W-40 merujuk pada “WINTER”. Bermakna kod ini memainkan peranan yang penting pada tahap kelikatan minyak hitam ketika musim sejuk.
Walaupun kod ini hanya digunakan pada musim sejuk di negara luar, tetapi agak ramai yang tidak tahu bahawa kod W ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan pada enjin anda semasa mula dihidupkan. Terutama sekali ketika anda hidupkan enjin di awal pagi, suhu yang rendah mempengaruhi kelikatan minyak hitam untuk melakukan kitarannya di seluruh bahagian enjin.
Ini belum cerita tentang suhu rendah semasa hujan lebat yang panjang ataupun ketika berada di kawasan tinggi seperti Cameron Highlands. Walaupun tidak sesejuk cuaca di negara bermusim salji, kelikatan kod W akan mempengaruhi kadar aliran minyak hitam untuk sampai ke bahagian penting semasa enjin mula dihidupkan.
Kita tahu memang jarang sekali kod W memainkan peranan di negara kita. Tetapi anda perlu ingat, ia sebagai faktor keselamatan untuk mencegah kehausan komponen dalaman enjin kekita mula dihidupkan sewaktu suhu persekitaran yang rendah.
Buang sikap suka tangguh jadual servis enjin
Isu ini ramai yang pandang remeh! Tidak kiralah anda gunakan gred kelikatan apa sekalipun… jenis semi-synthetic ataupun fully synthetic… minyak hitam yang mahal dan premium… jika lalai menjaga jadual servis, anda telah merisikokan komponen dalaman enjin dengan masalah-masalah yang akan timbul beberapa tahun akan datang.
Anda perlu tahu setiap jenis minyak enjin ada had penggunaannya! Jika penggunaan minyak hitam melebihi tempoh yang telah ditetapkan, kualiti minyak hitam atau kadar kelikatan akan merosot dari spesifikasi asalnya.
Bukan sekadar kelikatan sahaja yang akan merosot… additive untuk merawat dan faktor pengawalan suhu juga akan berkurangan dengan ketara. Enjin kereta anda beroperasi tanpa pengawalan suhu yang baik dan tiada faktor rawatan untuk mencegah geseran melampau pada permukaan komponen enjin.
Disebabkan penggunaan minyak hitam melebihi dari tempoh penggunaan, enjin kereta anda boleh terdedah pada masalah-masalah ini untuk beberapa tahun akan datang:
- Dalaman enjin diselaputi kerak minyak
- Oil seal menjadi keras dan mengundang kebocoran
- Bunyi enjin semakin kasar semasa beroperasi
- Penggunaan bahan api lebih kuat dari biasa
- Pemanduan terasa berat dan kurang berkuasa
- Mengundang masalah makan minyak hitam
- Terdedah kepada masalah asap putih keluar dari ekzos
Untuk memastikan prestasi enjin sentiasa terjaga dan memiliki jangka hayat enjin yang lebih panjang, jangan diabaikan faktor pemilihan gred minyak hitam setiap kali sampai waktu untuk servis enjin. Pemilihan gred minyak hitam yang tidak mengikut spesifikasi boleh mengundang masalah saluran minyak tersumbat.
Diingatkan sekali lagi… jangan ambil mudah dengan isu penangguhan jadual servis enjin! Disebabkan kelalaian ini, enjin mudah terdedah pada faktor geseran melampau dan suhu yang tinggi. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang pasti enjin kereta anda akan didatangi masalah-masalah yang akan membebankan kewangan untuk menampung kos-kos membaikpulih.
Jom cuba minyak hitam yang boleh merawat!
JV Auto Lube engine oil mampu mengubah tahap prestasi dan memberikan penjagaan yang lebih pada enjin kereta anda. Dirumuskan dengan formula istimewa untuk:
- Memberikan prestasi yang hebat
- Mengawal daya geseran dan suhu di dalam enjin
- Merawat calar-calar halus pada permukaan silinder
- Menutup lubang-lubang halus pada silinder
Untuk pastikan kualiti minyak hitam sentiasa dalam keadaan paling optimum, bersihkan dahulu dalaman enjin anda dengan JV Engine Flush! Dirumuskan dengan additive yang mampu untuk menyingkirkan kerak minyak disamping mencegah pembentukannya di masa akan datang…
Harga mampu milik yang bakal selamatkan wang anda dari kos overhaul enjin!
Nak tahu lebih lanjut tentang Engine & Gearbox Treatment kami?
Mungkin TESTIMONI ini boleh meyakinkan anda?
Sila “SWIPE” ke KIRI dan KANAN untuk mengubah visual!
Ini baru sebahagian sahaja dari koleksi testimoni. Kami telah mengumpul sebanyak 400 testimoni yang diambil dari FB, Whatsapp dan SMS sejak tahun 2014.
TOPIK MENARIK…
3 Sebab Terjadinya Masalah Kereta Semput Bila Enjin Panas
3 sebab terjadinya masalah kereta semput bila enjin panas. Biasanya kita selalu dengar tentang masalah kereta semput...
3 Simptom Yang Menunjukkan Clutch Kereta Habis
3 simptom yang menunjukkan clutch kereta habis. Perbincangan kita pada kali ini adalah berkaitan dengan clutch kereta...
3 Sebab Terjadinya Masalah Kereta Semput Bila Enjin Panas
3 sebab terjadinya masalah kereta semput bila enjin panas. Biasanya kita selalu dengar tentang masalah kereta semput...
3 Simptom Yang Menunjukkan Clutch Kereta Habis
3 simptom yang menunjukkan clutch kereta habis. Perbincangan kita pada kali ini adalah berkaitan dengan clutch kereta...
0 Comments