Ini sebenarnya yang menjadi punca kereta tak boleh start.
Disediakan Oleh: Najid Zulhilmi
Masalah kereta tak boleh start ini boleh terjadi secara tiba-tiba? Tak kira sama ada anda parking di shopping mall ataupun di R&R, jika enjin kereta nak buat hal memang serta-merta enjin terus tak dapat dihidupkan. Sebenarnya anda tak sedarpun sejak bila komponen yang terlibat untuk membantu proses menghidupkan enjin telah mengalami kerosakan.
Ada beberapa faktor yang perlu anda tahu mengapa secara tiba-tiba enjin kereta tak dapat dihidupkan. Sekurang-kurangnya info yang kami sampaikan dapat tenangkan fikiran anda ketika panik mengalami masalah ini.
1. Crank sensor pada enjin yang telah rosak
Crank sensor adalah komponen elektronik pada bahagian enjin yang membantu dalam proses menghidupkan nyalaan untuk memulakan proses pembakaran. Fungsi crank sensor ini berfungsi sebagai penyelarasan enjin 4 lejang yang mana ia akan menghantar isyarat pada sistem untuk menentukan masa penyemburan bahan api di dalam ruang pembakaran.
Jadi, kegagalan pada sensor untuk menghantar isyarat dengan tepat boleh menyebabkan proses permulaan pembakaran enjin menjadi gagal. Sebab itu enjin kereta anda mengalami kesukaran untuk dihidupkan.
2. ECU yang tidak berfungsi dengan baik
Engine Control Unit (ECU) disifatkan sebagai komputer pada kereta anda yang mana kebanyakan aktiviti komponen elektronik dikawal oleh software yang telah dipasangkan. Umpamanya seperti otak pada kereta anda yang berfungsi sabagai pusat mengawal aktiviti-aktiviti komponen elektronik sehinggakan kereta anda mampu untuk meluncur laju di lebuh raya.
Sekiranya terdapat masalah pada ECU yang melibatkan proses pembakaran enjin, inilah salah satu dari punca kereta tak boleh start.
3. Bekalan voltan dari bateri yang tak mencukupi
Kadang-kala masalah enjin sukar untuk dihidupkan berpunca dari bateri yang tidak dapat membekalkan jumlah voltan yang mencukupi.
Cuba anda ingat kembali bila kali terakhir bateri kereta anda diganti? Jika dah lebih dari setahun, kemungkinan bateri anda tela mula menghasilkan bekalan voltan yang lemah.
Kebiasaannya jangka hayat bateri kereta mampu untuk bertahan sehingga 2 tahun, namun ia bergantung pada cara penggunaan anda. Jika anda kerap mendengar radio atau menyalakan lampu ketika enjin tidak dihidupkan, kemungkinan jangka hayat bateri lebih singkat dari yang sepatutnya.
4. Starter motor yang telah rosak
Sekiranya bateri kereta anda masih lagi membekalkan voltan yang mencukupi, kemungkinan besar masalah enjin tak boleh dihidupkan ini berpunca dari kerosakan starter motor.
Kebanyakan mekanik akan mengetuk starter motor ini sambil memutar kunci kereta untuk menghidupkan enjin. Kadang-kala dengan cara ini enjin dapat dihidupkan sekiranya starter motor belum lagi 100% rosak. Akan tetapi, anda perlu terus ke bengkel untuk menggantikan terus komponen ini. Jangan bertangguh kerana belum tentu lagi enjin kereta anda dapat dihidupkan untuk kali kedua.
Anda perlu tahu, starter motor adalah komponen yang menggerakkan crank untuk memulakan proses pembakaran di ruang bakar enjin. Jika starter motor mengalami masalah, sudah tentu enjin kereta anda tidak dapat dihidupkan. Tiada simptom yang ditunjukkan sebelum berkahirnya hayat komponen ini, jadi anda perlu berhati-hati dan sentiasa bersedia sekiranya umur kereta anda telah melebihi 5 tahun.
4 punca utama pada masalah enjin susah untuk dihidupkan telah kami kongsikan kepada anda!
Jika anda menghadapi masalah ini, pertama sekali jangan panik. Ingat kembali apa yang telah kongsikan dan cuba periksa dahulu tarikh akhir anda ganti bateri kereta. Sekiranya bateri kereta telah diganti kurang dari setahun, sila hubungi insurans untuk towing kereta anda ke bengkel berhampiran.
Semoga info ini bermanfaat pada anda dan sedikit sebanyak boleh membantu anda ketika membuat keputusan. Di akhir topik kali ini, kami ingin tekankan pada anda tentang penjagaan komponen dalaman enjin dan gearbox. Mencegah adalah keutamaan dari merawat, kami sarankan anda untuk menggunakan Engine & Gearbox Treatment untuk mencegah kerosakan dalaman dan memanjangkan jangka hayat kereta anda.
Kos untuk membeli Engine & Gearbox Treatment jauh lebih rendah dari kos anda hantar kereta ke bengkel disebabkan oleh enjin dan gearbox yang telah rosak. Jangan terkejut jika kos membaikpulih gearbox sahaja memakan kos lebih dari RM1,500.
Sekiranya anda tidak pasti hendak pilih treatment mana yang terbaik di pasaran, jangan segan untuk mencuba JV Auto Lube. Teknologi Bio-Oil dari Norway yang mampu untuk merawat dan melindungi enjin dan gearbox kereta anda tanpa sebarang risiko. Kadar penyerapan jauh lebih pantas dan mampu untuk merawat masalah dalaman enjin dan gearbox kurang dari sebulan.
Jika anda susah untuk percayakan produk JV Auto Lube, sila ke ruangan testimoni untuk lihat sendiri komen positif yang kami terima dari pelanggan sejak tahun 2014. Setakat ini kami telah kumpulkan lebih dari 400 testimoni dari Facebook, Whatsapp dan juga SMS.
Nak tahu lebih lanjut tentang Engine & Gearbox Treatment kami?
Mungkin TESTIMONI ini boleh meyakinkan anda?
Sila “SWIPE” ke KIRI dan KANAN untuk mengubah visual!
Ini baru sebahagian sahaja dari koleksi testimoni. Kami telah mengumpul sebanyak 400 testimoni yang diambil dari FB, Whatsapp dan SMS sejak tahun 2014.
TOPIK MENARIK…
3 Sebab Terjadinya Masalah Kereta Semput Bila Enjin Panas
3 sebab terjadinya masalah kereta semput bila enjin panas. Biasanya kita selalu dengar tentang masalah kereta semput...
3 Simptom Yang Menunjukkan Clutch Kereta Habis
3 simptom yang menunjukkan clutch kereta habis. Perbincangan kita pada kali ini adalah berkaitan dengan clutch kereta...
3 Sebab Terjadinya Masalah Kereta Semput Bila Enjin Panas
3 sebab terjadinya masalah kereta semput bila enjin panas. Biasanya kita selalu dengar tentang masalah kereta semput...
3 Simptom Yang Menunjukkan Clutch Kereta Habis
3 simptom yang menunjukkan clutch kereta habis. Perbincangan kita pada kali ini adalah berkaitan dengan clutch kereta...
0 Comments