Simptom pada enjin apabila piston ring mengalami kehausan! 

Simptom Apabila Piston Ring Telah Haus
7

Piston ring adalah sejenis gelang diperbuat dari logam yang dipasang pada piston. Walaupun bahannya diperbuat dari logam, tetapi ia mudah mengalami kehausan sekiranya paras minyak enjin tidak mencukupi. Piston ring juga mudah mengalami kehausan sekiranya pemilik kenderaan kerap menangguh jadual servis enjin.

Perlu anda tahu, minyak enjin yang telah melebihi tempoh servis tidak lagi mempunyai kelebihan untuk mengawal geseran melampau dan suhu yang terlalu panas. Sebab itu pengeluar minyak enjin telah menetapkan berapa bulan tempoh dan mileage penggunaan yang efektif sebelum kelikatan minyak enjin menjadi lebih tinggi.

 

Apa kesan yang berlaku pada enjin sekiranya piston ring haus?

 

Selepas enjin dihidupkan, piston akan bergerak ke atas dan ke bawah berulang kali dalam kelajuan yang tinggi. Jika minyak enjin yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun kelikatan minyak enjin tidak mengikut spesifikasi, piston ring akan bergeser dengan lebih kuat pada dinding blok silinder.

Lama-kelamaan piston ring akan menjadi semakin nipis dari dimensi asalnya. Akan mula terbentuk rongga halus di antara piston ring dan blok silinder yang akan menunjukkan simptom seperti di bawah ini:

 

Pertama: Masalah minyak enjin berkurangan

 

Semasa enjin beroperasi, pergerakan piston akan berlaku pada kelajuan yang sangat tinggi. Sekiranya terdapat rongga yang besar di antara piston ring dengan permukaan blok silinder, minyak enjin akan mudah memasuki ke dalam ruang pembakaran sedikit demi sedikit.

Apabila diperiksa sukatan minyak enjin, anda akan dapat kuantiti minyak enjin makin berkurangan setiap beberapa hari. Jika minyak enjin terus berkurangan tanpa anda sedar untuk menambahkan semula kuantiti minyak yang susut, enjin akan terdedah pada risiko yang lebih serius.

 

Kedua: Masalah asap putih berkepul di ekzos

 

Kebocoran yang berlaku di antara piston ring dan  permukaan blok silinder akan menyebabkan minyak enjin memasuki ke dalam ruang pembakaran. Di dalam ruang pembakaran, minyak enjin akan terbakar sekali dengan campuran bahan api dan udara.

Minyak enjin yang dibakar tadi akan meruap dan membentuk kepulan asap berwarna putih di hujung ekzos. Ini simptom kedua yang menunjukkan keadaan piston ring yang telah mengalami kehausan. Jangan pula anda biarkan masalah ini berlarutan, rujuk ke bengkel berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

 

Ketiga: Enjin kurang berprestasi dan menghasilkan bunyi yang bising

 

Kehausan yang perlaku pada piston ring akan menyebabkan daya mampatan enjin berkurangan. Bermakna enjin tidak dapat mencapai tahap tekanan yang optimum semasa proses pembakaran enjin untuk menghasilkan kuasa output yang maksimum.

Jadi, anda akan rasa prestasi enjin tidak lagi hebat seperti mula-mula dahulu. Ditambah dengan bunyi enjin yang semakin kasar setiap kali anda cuba untuk memecut.

 

Tindakan segera yang perlu diambil

 

Jika ketiga-tiga simptom di atas atau salah satunya ada pada enjin anda, segeralah rujuk ke bengkel berdekatan untuk  buat pemeriksaan yang lebih terperinci. Jangan dibiarkan berlarutan, enjin kenderaan anda berisiko untuk tersadai di tengah jalan ketika memandu.

Jika tersadai di tengah jalan, anda perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi kerana kerosakan enjin yang dialami bukan pada piston ring sahaja. Lebih banyak lagi komponen enjin yang terjejas teruk akibat tindakan mengambil mudah masalah ini.

TIPS YANG LEBIH MENARIK…

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

// width=
Admin teknikal kami akan bantu anda di Whatsapp untuk pertanyaan tentang masalah Enjin, Gearbox dan produk-produk JV Auto Lube...