Anda mengalami masalah kereta tak boleh start bunyi tik tik? 

Beberapa minggu lepas, pelanggan kami call dan mengadu bahawa enjin kereta beliau tidak dapat dihidupkan. Semasa kunci dipulas enjin kereta tidak boleh hidup dan yang kedenganran hanyalah bunyi “Tik Tik”.

Jadi, topik kita dalam perkongsian kali ini adalah punca pada masalah kereta tak boleh start bunyi tik tik.

Kami minta beliau untuk bertenang terlebih dahulu dan ceritakan masalah yang dihadapi dengan lebih terperinci. Kemudian beliau memberitahu kami yang mana baru setengah jam lepas enjin keretanya boleh dihidupkan. Tiba-tiba selepas itu enjin tidak boleh hidup dan yang kedengaran hanyalah bunyi “Tik Tik”. Beliau cuba untuk hidupkan enjin kembali selepas satu jam, tetapi masih kedengaran bunyi yang sama lagi.

Kami bertanyakan pada beliau bila kali terakhir menggantikan bateri kereta dan jawapan beliaum kurang dari 6 bulan yang lepas. Jadi, kami syak punca masalah datang dari 3 kebarangkalian ini:

 



 

1. Kerosakan pada bahagian starter motor

 

Untuk pengetahuan anda, starter motor adalah komponen utama yang menggerakkan crank untuk menjalankan proses pembakaran bahan api di peringkat permulaan. Selepas itu, dengan daya inersia yang dibantu oleh sistem elektronik membuatkan proses pembakaran di ruang bakar berlaku secara berterusan. Pada peringkat ini fungsi starter motor tidak lagi diperlukan.

Fungsi starter motor hanya diperlukan oleh enjin untuk memulakan pembakaran enjin sahaja. Sekiranya komponen ini tidak berfungsi dengan baik, crank tidak dapat digerakkan dan proses pembakaran enjin tidak akan berlaku.

Kebiasaannya starter akan menunjukkan tanda kerosakan selepas umur kereta anda melebihi 5 tahun. Apa yang perlu anda tahu, starter motor tidak akan menunjukkan apa-apa simptom sebelum ia gagal berfungsi sepenuhnya. Jika hayat komponen ini telah sampai, ia akan gagal berfungsi serta-merta.

 

 

2. Kegagalan pada sistem penghidup enjin

 

Sistem penghidup enjin melibatkan beberapa komponen asas yang mana ia berkait rapat dan saling memerlukan untuk menghasilkan percikan api diruang pembakaran. Berikut adalah komponen-komponen yang dimaksudkan:

 

  • Bateri
  • Ignition coil
  • Distributor
  • Palam pencucuh

 

Kegagalan pada salah satu komponen ini boleh mengganggu proses pembakaran semasa enjin dihidupkan. Jangan lupa bahawa bateri juga memainkan peranan penting untuk menyumbangkan sejumlah voltan semasa menghidupkan enjin. Anda perlu ingat kembali bila tarikh terkahir bateri kereta anda diganti, kebiasaannya bateri kereta boleh bertahan sehingga 2 tahun.

 

 

3. Wayar grounding tidak sempurna

 

Penyambungan wayar grounding yang tidak sempurna juga boleh menjadi salah satu sebab enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Untuk masalah grounding yang tidak sempurna, adalah lebih baik anda serahkan pada mekanik untuk mengenal pasti wayar grounding yang bermasalah.

Mereka lebih arif tentang ini, tetapi tidak salah untuk anda bertanyakan pada mekanik di mana kedudukan wayar grounding dan bagaimana keadaannya sekiranya bermasalah.



Ketiga-tiga faktor diatas adalah punca pada masalah enjin bunyi “Tik Tik”

 

Kita sambung kembali dengan kisah pelanggan kami yang mengalami masalah yang dibincangkan. Beliau meminta kami untuk datang kepadanya dan membuat pemeriksaan pada pada enjin. Mujur kawasan perumahan beliau dekat dengan workshop, jadi kami pun terus ke sana untuk membuat pemeriksaan.

Setelah tiba di sana, kami cuba periksa terlebih dahulu status bateri. Bacaan menunjukkan tiada sebarang gangguan pada bateri. Jadi kami beralih pada faktor kedua iaitu starter motor, kemungkinan komponen ini bermasalah.

Kemudiannya, kami cuba mengetuk starter motor berkali-kali dan dalam masa yang sama meminta pelanggan untuk menghidupkan enjin. Pada mulanya hanya kedengaran bunyi “Tik Tik” sahaja, selepas beberapa kali pelanggan kami cuba untuk hidupkan enjin secara tiba-tiba starter motor mula berfungsi tetapi dalam keadaan lemah.

Selepas itu, enjin telahpun berjaya dihidupkan. Tanpa berlengah-lengah kami meminta pelanggan tersebut untuk membawa keretanya terus ke bengkel kami untuk menggantikan starter motor yang telah bermasalah.

 

 

Mujur enjin kereta beliau bernasib baik dan masih mempunyai peluang untuk dihidupkan. Sekiranya starter masih tidak berfungsi walaupun telah diketuk berkali-kali, beliau perlu menelefon pihak insurans untuk membuat aduan. Selepas itu, lori penunda akan tiba dan menunda kereta beliau terus ke workshop.

Tiada masalah pada lori penunda untuk menunda kereta di kawasan terbuka. Masalah akan timbul sekiranya kereta anda berada di kawasan parkir di dalam bangunan, terutama sekali di shopping mall ataupun di ruangan parkir bawah tanah apartment / kondominium.

Semestinya lori penunda tidak dapat masuk ke dalam ruangan parkir di dalam bangunan. Penyelesaiannya, anda perlu menolak kereta keluar dari bangunan terlebih dahulu sebelum lori penunda dapat menunda kereta anda ke bengkel behampiran.

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian kami tentang masalah kereta tak boleh start bunyi tik tik. Bagi anda yang tidak pernah gunakan Enjin & Gearbox Treatment JV Auto Lube, kami mengalu-alukan anda untuk ke ruangan testimoni untuk ketahui lebih lanjut tentang masalah-masalah kereta pelanggan kami yang telah berjaya dirawat kurang dari sebulan.

 

Info Produk JV Auto Lube Transmission Treatment

Info Produk JV Auto Lube Engine Booster

 

Nak tahu lebih lanjut tentang Engine & Gearbox Treatment kami?

Mungkin TESTIMONI ini boleh meyakinkan anda?

Ini baru sebahagian sahaja dari koleksi testimoni. Kami telah mengumpul sebanyak 400 testimoni yang diambil dari FB, Whatsapp dan SMS sejak tahun 2014. 

TOPIK MENARIK…

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

// width=
Admin teknikal kami akan bantu anda di Whatsapp untuk pertanyaan tentang masalah Enjin, Gearbox dan produk-produk JV Auto Lube...