Jawapan pada masalah gear dusah masuk. 

Sejak beberapa tahun lepas, kami terima banyak pertanyaan dari Facebook dan Whatsapp tentang masalah gear susah masuk. Kebanyakan dari mereka sering menghadapi masalah ini pada waktu pagi, yang mana suhu di dalam gearbox masih sejuk dan menyebabkan seal dalaman tidak dapat menghasilkan tekanan yang sempurna selepas enjin kerete dihidupkan.

Bagi anda yang pernah berdepan dengan masalah ini pasti tahu betapa kecewanya rasa apabila hendak mulakan perjalanan tetapi gear automatik tidak berfungsi dengan sempurna. Terutama sekali apabila menghadapi situasi gearbox termenung selepas tombol gear berada di posisi D atau R.

 

Apa yang dimaksudkan dengan gear susah masuk?

 

Masalah seperti ini terjadi hanya pada gearbox automatik, tidak terkecuali pada gearbox jenis CVT. Semasa memulakan pemanduan pertukaran gear agak lambat dan tidak seperti kebiasaannya. Seringkali terjadi pada waktu pagi yang mana minyak gear masih lagi dalam keadaan sejuk dan keadaan getah seal yang masih lagi keras.

 



 

Masalah seperti ini terjadi hanya pada gearbox automatik, tidak terkecuali pada gearbox jenis CVT. Semasa memulakan pemanduan pertukaran gear agak lambat dan tidak seperti kebiasaannya. Seringkali terjadi pada waktu pagi yang mana minyak gear masih lagi dalam keadaan sejuk dan keadaan getah seal yang masih lagi keras.

Pada awaktu pagi, apabila pemandu mula hidupkan enjin kereta untuk memulakan perjalan. Kebiasaannya mereka akan terus ubah posisi gear ke D atau R. Dalam posisi itu, pemandu akan tekan pedal minyak untuk mulakan perjalanan.

Untuk kes kenderaan yang mempunyai masalah gear susah masuk, kereta tidak boleh bergerak langsung walaupun pedal minyak ditekan sehingga mencapai RPM yang tinggi. Yang kedengaran hanyalah bunyi enjin meraung sahaja. Pertukaran gear masih lagi tidak berlaku walaupun telah lama  tombol gear berada di posisi D atau R.

Selepas 10-15 minit dibiarkan, secara tiba-tiba pemandu akan rasa sentapan dimana gearbox mula berfungsi seperti normal. Barulah kereta boleh bergerak dan pemandu dapat mulakan perjalanan seperti biasa.

Ada sesetengah aduan yang kami terima, pemandu merasakan sentapan yang kuat semasa pertukaran gear. Selain itu, ada juga dia antara mereka yang mengalami masalah pertukaran gear yang agak lambat diikuti dengan bunyi meraung yang kuat semasa pertukaran gear ke 4 berlaku.



Masalah seperti ini boleh merisikokan pemandu dan penumpang ketika hendak memotong kenderaan di jalan raya. Pertukaran gear tidak berlaku dengan lancar dan menyebabkan kenderaan hilang kuasa semasa memotong. Perkara seperti ini boleh menyebabkan kemalangan sekiraya bertembung dengan kenderaan yang berlawanan arah ketika kenderaan anda hilang kuasa semasa memotong.

 

Berikut adalah beberpa punca utama yang menyebabkan masalah pertukaran gear yang lambat:

 

1. Periksa paras minyak gear / ATF

 

Bila kali terakhir anda periksa paras ATF?

Ramai di antara pemilik kereta yang perihatin tentang paras minyak enjin tetapi jarang sekali di antara mereka yang sering membuat pemeriksaan pada paras ATF. Sekiranya gearbox tidak mempunyai paras ATF yang mencukupi, berkemungkinan besar ia akan mengganggu kelancaran pertukaran gear terutama sekali semasa anda ingin memotong kenderaan.

Gearbox tidak dapat menghasilkan tekanan hidraulik yang mencukupi untuk menggerakkan komponen dalaman untuk melakukan kerja-kerja pertukaran gear.

ATF yang tidak mencukupi juga boleh mengundang pada peningkatan suhu yang tinggi di dalam gearbox. Dalam masa yang sama ia boleh menghakis permukaan komponen-komponen dalaman gearbox dan anda akan dapati minyak gear mempunyai habuk besi yang halus.

 

2. Tekanan hidraulik tidak sempurna

 

Apabila tekanan hidraulik di dalam gearbox yang terhasil tidak sempurna, secara langsung ia akan mengganggu proses pertukaran gear. Anda perlu tahu bahawa kebahnyakan komponen dalaman gearbox digerakkan oleh sistem hidraulik. Jika terdapat gangguan atau kerosakan pada salah satu komponen hidraulik di dalam gearbox, sudah tentu pertukaran gear juga akan tejejas.

Tekanan hidraulik yang sempurna membolehkan setiap pertukaran gear belaku dengan lancar dan lembut. Sudah pasti kenderaan anda tidak akan mengalami masalah sentapan yang kuat semasa pertukaran gear. Yang paling penting, semasa anda ingin memecut semasa ketika memotong kenderaan lain tidak akan terjadi masalah hilang kuasa.

 

 3. Seal di dalam gearbox mengeras

 

Secara asasnya, getah seal di dalam gearbox sangat berkait rapat dengan kesempurnaan tekanan hidraulik yang terhasil dari sistem gearbox. Getah seal atau dikenali sebagai “O-Ring Seal” ini mempunyai jangka hayatnya tersendiri.

Sekiranya anda tidak menjaga jadual pertukaran minyak ATF atau tidak pernah menggunakan Gearbox Treatment, struktur getah seal akan menjadi lebih cepat keras. Seterusnya, gearbox anda akan mengalami masalah pertukaran gear kerana kebocoran tekanan di dalam gearbox telahpun berlaku.

Pencegahan awal sangat penting! Anda disarankan untuk menggunakan Gearbox Treatment sebagai langkah awal untuk melindungi komponen dalaman dan kesemua seal yang terlibat. Penggunaan Gearbox Treatment boleh memanjangkan jangka hayat gearbox. Anda perlu ingat, untuk overhaul gearbox dan gantikan “O-Ring Seal” memakan kos yang agak mahal.

Cegah dahulu masalah dalaman gearbox, sudah pasti anda tidak perlu keluarkan wang yang banyak untuk baiki gearbox di masa akan datang!

 

Info Produk JV Auto Lube Transmission Treatment

 

Peranan Gearbox Treatment Yang Perlu Anda Tahu

 

Gearbox Treatment dari JV Auto Lube menggunakan teknologi bio-oil, yang mana ramuannya dihasilkan dari negara Norway. Mempunyai kadar penyerapan yang sangat pantas, anda boleh rasa perubahannya di hari pertama menggunakan produk ini. Kebolehan produk ini mampu untuk mengembalikan struktur getah seal yang telah keras menjadi anjal semula seperti sediakala dengan syarat tahap kekerasan tidak melebihi 40%.

Sebab itu kami sarankan anda untuk menggunakan Gearbox Treatment lebih awal walaupun gearbox anda masih belum menunjukkan sebarang masalah. Ia sebagai langkah pencegahan awal dan menjadikan gearbox kenderaan anda setiasa dalam keadaan TIPTOP tanpa sebarang gannguan semasa memandu.

Bagi gearbox yang telah menunjukkan simptom-simptom pertukaran gear yang tidak lancar, terus gunakan Gearbox Treatment untuk proses rawatan. Berdasarkan pengalaman kami dan testimoni dari pengguna yang lepas, masalah yang dihadapi akan beransur pulih dalam tempoh kurang dari sebulan.

Nak tahu lebih lanjut tentang Gearbox Treatment kami?

Mungkin TESTIMONI ini boleh meyakinkan anda?

Ini baru sebahagian sahaja dari koleksi testimoni. Kami telah mengumpul sebanyak 400 testimoni yang diambil dari FB, Whatsapp dan SMS sejak tahun 2014. 

TOPIK MENARIK…

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

// width=
Admin teknikal kami akan bantu anda di Whatsapp untuk pertanyaan tentang masalah Enjin, Gearbox dan produk-produk JV Auto Lube...